Wednesday, 24 August 2016

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN

 Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembetukan kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.Kebanyakan negara, mempunyai perlambagaan dalam bentuk BERTULIS termasuk  Malaysia,iaitu prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu dokumen.Terdapat juga perlembagaan yang tidak bertulis ,iaitu sejenis perlambagaan yang tidak dikanunkan da dalam satu dokumen.Dalam bab ini menjelaskan tentang sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, konsep keluhuran Perlembagaan,peruntukan utama dalam Perlembagaan ,kontrak sosial dan sistem pemerintahan negara

2.3 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN


SOALAN PENGUKUHAN 
Apakah yang dimaksudkan dengan malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?
a. negara yang dibentuk dengan persetujuan beberapa buah negeri dan kerajaan pusat diberikan kuasa tertentu,disamping kerajaan negeri dengan kepentingan-kepentingan tempatan
b. mengandungi negeri-negeri melayu bersekutu pada zaman british dahulu
c. semua negeri patuh pada kerajaan pusat
d. kerajaan dilantik oleh rakyat
anatara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?
a. parlimen memperoelh kuasa daripada perlembagaan
b. parlimen tidak boleh diubah
c. YDPA memerintah berdasarkan perlembangan
d. kuasa perundangan juga tetakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan

soalan esei
a.  apakah maksud perlembagaan ?
b. nyatakan peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan malaysia
c.senaraikan perkara dalam perlembagaan malaysia yang tidak dipersoalkan
d. mengapakah perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan
e. paa pandangan anda, mengapakah perlembagaan malaysia yang dipertahankan. keluhuran perlembagaan merupakan prinsip rukun negara yang ketiga . parlimen diberi kuasa membuat pinaan perlembagaan untuk kepentingan tertentu
f. jelaskan ciri-ciri perlembagaan malaysia
g. terangkan kaedah pinaan perlembagaan yang digunakan diparlimen malaysia

RUJUKAN 
2. buku pengajian malaysia Normurni Mohamad

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957

Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Pindaan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen.Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Susun atur
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.

  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
Jadual
Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
  • Jadual Kedua [Perkara 39]
    • Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
    • Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
    • Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
  • Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
  • Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
  • Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
  • Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
    • Bahagian I - Peruntukan Tetap
    • Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
  • Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
  • Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
    • Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
    • Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
    • Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
    • Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
    • Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
  • Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
  • Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
  • Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
  • Catatan - Teks asal Perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

- Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
  • Agama Islam sebagai agama rasmi;
  • Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan Soal kerakyatan



 SUSUNAN PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN




Video ringkas mengenai Perlembagaan Malaysia






KESIMPULAN 
1.    Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam pelembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

2.    Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

3.    Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.


Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat. Contohnya akta parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.







SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

SEJARAH PENGGUBALAN  PERLEMBAGAAN



Perlembagaan melaysia pertama kali dikenali sebagai perlembagaan Tanah melayu pada hari kemerdekaan dicapai .Kemudian nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963selepas pembentukan Malaysia .pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang.Permulaannya British telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB).

perang dunia kedua (1942-1945),jepun menakluki tanah melayu. british kembali menduduki tanah melayu dan menperkenalkan satu bentuk permerintahan yang baharu.iaitu Malayan union pada april 1946.bagaimanapun ,bentuk pemerintahan baharu tersebut mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu.dari pententangan tersebut british memperkenalkan pula lagi bentuk pentakbiran yang baharu,iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. melalui perjanjian ini,kerajaan pusat terdiri daripada seorang pesuruhjaya tinggi british ,sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan .

majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british .hasil daripada perjanjian ini ,lahilah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948.perlembagaan baharu itu dikenali sebagai perlembagan persekutuan tanah melayu 1948.

selepas pilihan raya 1955,parti perikatan yang menang mejoriti dan menjadi kerajaan permerintah telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakan satu persindangan perlembagan di London .tujuannya menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu yang merdeka .persindangan tersebut telah Berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan persekutuan tanah melayu yang dipengurusikan oleh lord reid (england),sir lvor Jennings (UK),sir William makell(Australia) b.malik(india)dan hakim Abdul hamid(pakistan).perlantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah .

suruhanjaya reid telah mengadakan referendum dalam kalangan penduduk tanah melayu termasuk orang awam ,parti politik,badan awam ,dan sebagainya .pada bulan oktober 1956,suruhanjaya reid telah menarima 131 candangan dari penduduk tanak melayu.akhirnya ,draf perlembagaan bagi persekutuan tanah melayu menjadi sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka.

perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 dikuatkuasakan ssehimgga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan .contoh pindaan yang dibuat ialah arta Malaysia perkara 1(1) dan (2) untuk kemasukan Sabah dan serawak dan singapura serta menukar nama persekutuan tanah melayu kepada persekutuan tanah melayu.

Pada tahun 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh .Pada Januari 1956 ,Tuanku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan bagi berkenaan tarikh kemerdekaan untuk Negara serta membincangkan tentang Penggubalan Perlembagaan Persekutuan .Rundingan tersebut berlangsung dari 18 januari hingga 6 februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional Conference 1956.Hasil daripada konferensi ini, Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah Melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.



















SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf  kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha  Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan
itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

Cadangan Suruhanjaya Reid

Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor).

Corak pemerintah telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan



Pindaan laporan Suruhanjaya Reid
Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima.
Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.


Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.


 AHLI SURUHANJAYA REID



Gambar di atas merupakan ahli Suruhanjaya Reid





Video ringkas mengenai Suruhanjaya Reid






KESIMPULAN

Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruahnjaya bebas. Berperanan merangka perlembagaan bagi persekutuan tanah melayu sebelum memperoleh kemerdekaan daripada mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara jun-oktber 1966. Menerima 131 memorandum dar pelbagai pihak dan organisasi. suruhanjaya telah menorah draf kerja 1 laporan pada fenruari 1957. Cadangan suruhanjaya reid diterima oleh parlimen british pada jun 1957. Rang perlembagaan itu telah dikenakan oleh majlis raja-raja pada bulan jun 1957 dan majlis cadangan persekutuan telah menerima dan meluluskan pada 15 ogos 1957











JAWATANKUASA KERJA

- Februari 1957draf pertama syor perlembagaan dan laporan yang diumumkan oleh suruhanjaya reid telah mendapat maklum balas meluas daripada perlbagai pihak.Pernyataan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya reid mengetepikan syor dan tuntutan daripada orang melayu dan pertubuhan pertubuhan melayu yang berkaitan dengan kerakyatan , bahasa, agama, dan hak istimewa orang melayu .
- suruhanjaya ini mengandyngi kelebihan untuk kaum bukan melayu yang menuntut hak persamaan denagan orang melayu.
- Antara isu yang mendapat perhatian ialah pemberian ialah dua kerakyatan kepada rakyat komanwel dan kerakyatan jus soli.Berdasarkan prinsip kerakyatan jus soli, semua kaum akan mendapat hak sama rata dan hal ini akan melemahkan lagi kedudukan orang melayu.Satu jawatankuasa kerja dibentuk bagi mengkaji semula syor tersebut
- jawatankuasa kerja tersebut terdiri daripada 11orang, iaitu pesuruhanjaya tinggi british , ketua setiausaha ,peguam negara ,empat orang wakil raja raja melayu dan empat empat orang parti perikatan.

- Jawatankuasa kerja ini dipengurusikan oleh macgillivray (pesuruhanjaya tinggi british)

AHLI JAWATANKUASA KERJA klik disini

- Ahli jawatankuasa kerja adalah untuk memastikan bahawa perlembagaan baharu yang digubal bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di malaya.
- Jawatankuasa ini tidak boleh mengubah struktur umum draf perlebagaan yang diasaskan kepada perlembagaan yang diasaskan kepada perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948.
- sebanyak 23 kali pertemuan telah diadakan iaiatu anatara 22 februari hingga 27 april 1957 bagi membentuk draf perlembagaan yang diterima oleh semua pihak.
- Isu yang dibincangkan ialah isu kerakyatan,agama,hak istimewa orang melayu dan bahasa melayu,
- perbincangan akhir jawatankuasa kerja telah diadakan pada 13 hingga 21 mei 1957 di London yang diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serat dihadiri oleh kerajaan british dan kerajaan tanah melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman serta wakil raja raja melayu.
- Kertas putih atau CONSTITUTIONAL PROPOSALS FOR THE FEDERATION OF MALAYA telah diterbitkan dan kandungannya ialah beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid serta rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua ahli rundangan.


 -Jun 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Malis Raja Raja.

- Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ini
  • House of lord pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah dibahaskan pada 29 Julai 1957. turut dibahas pada 12 Julai 1957 di house of commons, England dan diluluskan tanpa sebarang pindaan .
- majlis Perundangan Persekutuan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan pada 15 ogos 1957.
- perlembagaan persekutuan dikuatkuasakan pada 27 ogos 1957,iaitu sebaik sahaja perbahasan majlis perundangan persekutuan tamat .
- Perlembagaan persekutuan ini berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957 bersempena dengan pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu .
- Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura,Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

JAWATANKUASA KERJA

- Februari 1957draf pertama syor perlembagaan dan laporan yang diumumkan oleh suruhanjaya reid telah mendapat maklum balas meluas daripada perlbagai pihak.Pernyataan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya reid mengetepikan syor dan tuntutan daripada orang melayu dan pertubuhan pertubuhan melayu yang berkaitan dengan kerakyatan , bahasa, agama, dan hak istimewa orang melayu .
- suruhanjaya ini mengandyngi kelebihan untuk kaum bukan melayu yang menuntut hak persamaan denagan orang melayu.
- Antara isu yang mendapat perhatian ialah pemberian ialah dua kerakyatan kepada rakyat komanwel dan kerakyatan jus soli.Berdasarkan prinsip kerakyatan jus soli, semua kaum akan mendapat hak sama rata dan hal ini akan melemahkan lagi kedudukan orang melayu.Satu jawatankuasa kerja dibentuk bagi mengkaji semula syor tersebut
- jawatankuasa kerja tersebut terdiri daripada 11orang, iaitu pesuruhanjaya tinggi british , ketua setiausaha ,peguam negara ,empat orang wakil raja raja melayu dan empat empat orang parti perikatan.

- Jawatankuasa kerja ini dipengurusikan oleh macgillivray (pesuruhanjaya tinggi british)

AHLI JAWATANKUASA KERJA klik disini

- Ahli jawatankuasa kerja adalah untuk memastikan bahawa perlembagaan baharu yang digubal bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di malaya.
- Jawatankuasa ini tidak boleh mengubah struktur umum draf perlebagaan yang diasaskan kepada perlembagaan yang diasaskan kepada perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948.
- sebanyak 23 kali pertemuan telah diadakan iaiatu anatara 22 februari hingga 27 april 1957 bagi membentuk draf perlembagaan yang diterima oleh semua pihak.
- Isu yang dibincangkan ialah isu kerakyatan,agama,hak istimewa orang melayu dan bahasa melayu,
- perbincangan akhir jawatankuasa kerja telah diadakan pada 13 hingga 21 mei 1957 di London yang diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serat dihadiri oleh kerajaan british dan kerajaan tanah melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman serta wakil raja raja melayu.
- Kertas putih atau CONSTITUTIONAL PROPOSALS FOR THE FEDERATION OF MALAYA telah diterbitkan dan kandungannya ialah beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid serta rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua ahli rundangan.


 -Jun 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Malis Raja Raja.

- Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ini
  • House of lord pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah dibahaskan pada 29 Julai 1957. turut dibahas pada 12 Julai 1957 di house of commons, England dan diluluskan tanpa sebarang pindaan .
- majlis Perundangan Persekutuan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan pada 15 ogos 1957.
- perlembagaan persekutuan dikuatkuasakan pada 27 ogos 1957,iaitu sebaik sahaja perbahasan majlis perundangan persekutuan tamat .
- Perlembagaan persekutuan ini berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957 bersempena dengan pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu .
- Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura,Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
Sir Donald MacGilivray ( pesuruhanjaya tinggi british )

WAKIL RAJA RAJA MELAYU
Mustapha Albakri (penyimpan mohor besar raja raja)
Shamsudin Nain
Neil Lawson
Tunku Ismail Tunku yahaya

WAKIL PERIKATAN
Tunku Abdul Rahman (UMNO)
Dato'Abdul Razak Hussein (UMNO)
Ong Yoke Lin (MCA)
V.T Sambathan MIC)

AHLI LAIN
Sir David Watherston (ketua setiausaha kerajaan)
T.V.A Brodie ( peguam negara)

SETIAUSAHA
E..O Laird

KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Sejarah penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura ke dalam Malaysia, di mana dalam perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September, 1963.

Parlimen
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan. 

Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.
Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.

Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. 

Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara 

Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara ini.

Rukun Negara
Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip Rukun Negara.
  • Keluhuran Perlembangaan m'rupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yg ke-3.
  • Keluhuran Perlembagaan bermaksud k'tinggian perlembagaan & ketertinggian undang-undang.
  • Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sbagai undang-undang tertinggiyg m'jadi sumber & punca kpda semua undang-undang.
  • YDPA serta sistem pemenrintahan kerajaan yg terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
  • Melalui konsep ini, tidak t'dapat institusi yg mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sbgai perlindung kpda rakyat.
  • Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
  • Badan berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Gambar di atas merujuk kepada konsep keluhuran perlembagaan





Video ringkas mengenai konsep keluhuran perlembagaan

TUJUAN




CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN.

a) Kestabilan dalam pemerintahan – Pemerintah melaksanakan tatacara lazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

b) Tanggungjawab ke atas rakyat – Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan untuk bertindak.Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan disampaikan melalui saluran yang betul.

c) perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.

d) Pembahagian kuasa – Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan perlaksanaan dasar.


e) Kerajaan bersifat terbuka – perbincangan di parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

- Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa.
- Tujuan sesuatu pindaan – melindungi kepentingan rakyat ,menjaga keselamatan negara,melicinkan urusan negara, memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan semasa, munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati serta pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
- Pindaan yang besar pernah dibuat terhadap Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan raja yang memerintahan negeri daripada kesalahan jenayah pada tahun 1993.

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan,iaitu :

  • Agama islam sebagai agama Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa raja-raja Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak .
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Soal kerakyatan.


KESIMPULAN 
Pemerintahanberdasarkan prinsip demokrasi dan agama islam juga adalah agama rasmi tetapi bebas mengamalkan agama lain. Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan juga kedudukan setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang YDPA memelihara kedudukkan istimewa oaring melayu dan bumiputra