Keluhuran
Perlembagaan
Perlembagaan
negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya
Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat
dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih
dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan
Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa,
menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.
Sejarah penggubalan
Perlembagaan
Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan
penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura ke
dalam Malaysia,
di mana dalam perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua
undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia.
Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September,
1963.
Parlimen
Perlembagaan
Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau
badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing
daripada perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara,
juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan
undang-undang tertinggi, maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan
prinsip ketiga dalam Rukun Negara.
Prinsip ini
menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat
menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan
keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan
negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan,
fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.
Oleh yang demikian,
setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin
atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki
menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu,
serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri.
Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar,
tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang
merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan
Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah
digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini.
Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana
individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara
Malaysia juga telah
menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara
ini.
Rukun Negara
Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi
sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama
di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah
dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun
Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat
ketiga dalam prinsip Rukun Negara.
- Keluhuran Perlembangaan m'rupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yg ke-3.
- Keluhuran Perlembagaan bermaksud k'tinggian perlembagaan & ketertinggian undang-undang.
- Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sbagai undang-undang tertinggiyg m'jadi sumber & punca kpda semua undang-undang.
- YDPA serta sistem pemenrintahan kerajaan yg terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
- Melalui konsep ini, tidak t'dapat institusi yg mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sbgai perlindung kpda rakyat.
- Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
- Badan berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Gambar di atas merujuk kepada konsep keluhuran perlembagaan
Video ringkas mengenai konsep keluhuran perlembagaan
No comments:
Post a Comment